Mesin Basuh Mini Mickey
Mesin Basuh Mini MickeyPada tahun 1960, Mustapha ditawarkan oleh
L.Krisnan mengikutnya ke Kuala Lumpur kerana
pengarah filem itu bersama Ho Ah Loke serta
H.M.Shah membuka Merdeka Studio di Kuala Lumpur.
Beliau menerima tawaran itu bersama-sama pelakon
Abdullah Chik dan Salmah Ahmad.
Ketika itu, Mustapha ditawarkan gaji RM400 selaln
disediakan kemudahan tempat tinggal. Turut berhijrah
bersamanya adalah sebahagian daripada tenaga
produksi Cathay Kris berikutan produksi tersebut mula
menghadapi masalah. Maka bermulalah lembaran
baru mereka bekerja dalam sebuah keluarga kecil
yang serba kekurangan di bawah naungan Merdeka
Studio.
Filem pertama yang dihasilkan oleh Merdeka
Studio adalah 'Tun Teja' yang pernah menghadapi
masalah mendapatkan slot tayangan di panggung,
tetapi akhirnya Tun Teja menjadi filern pertama
Merdeka Studio yang mengadakan tayangan
perdana dengan dihadiri oleh Yang Oipertuan Agung
pada tahun 1961.
Kegemilangan Hero Malaya
Antara filem yang mengangkat Mustapha
sebagai 'Hero Malaya' termasuklah, Yatim Mustafa,
Lela Majnun, Tun Teja, Keris Sempena Riau, Sumpah
Puntianak, Raden Mas, Seri Mersing, Bawang Putih
Bawang Merah dan Sultan Mahmud Mangkat
Oijulang. Filem yang menjadi fenomena adalah
rangkaian filem Puntianak, ia termasuklah filem
Sumpah Puntianak, Dendan Puntianak dan Anak
Puntianak. Filem-filem ini dianggap filem 'pecah
panggung'.
"Selepas Merdeka Studio mula rnenclpta
nama, beberapa nama baru seperti Mahmud June,
A.R Tompel, Zaiton, Umi kalsom, Maria Menado,
Mariani, Latifah Omar, Zaiton, Saadiah mula dikenali
memeriahkan industri perfileman Melayu di Era 60-
an," ujar Mustapha yang pernah berlakon dengan
P.Ramlee dalam filem Hang Tuah.
"Kebetulan waktu itu ramai bintang-bintang
bangsawan mula beralih pentas ke layar perak,
kehadiran mereka ini memeriahkan lagi industri
filem Melayu. Namun penghujung tahun 60-an dan
sepanjang tahun 70-an industri perfileman Melayu
mula merundung dan ramai pelakon membawa
haluan masing-masing.
Selepas kejatuhan filem Melayu, Mustapha beralih
kepada kerja-kerja mengadakan persembahan artis ke
seluruh negara. Tetapi pekerjaan itu banyak cabaran
dan tidak menjanjikan pendapatan tetap.
"Syukur peluang itu meluaskan pengalaman saya
dalam pengurusan artis tetapi bisnes itu tidak tetap
dan berisiko juga. Tanpa saya duga, tahun 1975 saya
ditawarkan oleh L.Krisnan untuk bekerja dengan
syarikatnya, iaitu Gaya Filem
dengan gaji tetap RMSOO.OO.
Saya bekerja dengan Gaya
sehingga tahun 19S2. Ketika itu
saya menjawat jawatan sebagai
Pengurus Studio.
"Selepas tujuh tahun
dengan Gaya Filem, saya ambil
keputusan berhenti kerja dan
menubuhkan syarikat Warna
Motion Picture Marketing Sdn
Bhd bersama seorang rakan
kongsi pada tahun 1982.
"Bermula dengan
beberapa orang pekerja kami
berjaya menghasilkan sebuah
dokumentari yang dinamakan
'Oesa Talk' untuk RISOA. Oari
situlah kami mula mendapatkan
tawaran menerbitkan beberapa
dokumentari, iklan dan
drama-drama tempatan," ujar
Mustapha.
Kini Warna Motion Picture
sudah menjadi milik beliau
sepenuhnya selepas penarikan
diri rakan kongsinya. Mengakui
terpaksa berhadapan dengan
saingan, beliau tetap tidak
berpatah semangat untuk terus
menjadi penerbit drama dan
dokumentari kerana selagi
ada usaha pasti ada kejayaan
kerana rezeki itu datangnya dari
Yang Maha Kuasa.
Sebagai tokoh berpengalaman dalam lndustri
Mustapha aktil dalam beberapa buah persatuan
dan pertubuhan yang ada kaitan dengan industri
perfileman. Antaranya Gabungan Karyawan Filem
Malaysia (GAFIM), Perbadanan Kemajuan Filem
Nasional (FINAS) dan Persatuan Seniman Malaysia
(SENIMAN).
"Saya pernah bekerjasama dengan tokoh dan
penggiat perfileman Melayu seperti Tan Sri Kamarul
Arilfin, Tan Sri Samad Idris dan Tan Sri Jins Samsuddin.
Terutamanya ketika kami berada di GAFIM dan PFM.
Tetapi semua ini sudah menjadi kenangan, biarlah
generasi baru meneruskan legasi dan saya akan terus
menyokong dari belakang.
Teruskan Kehidupan
Melihat seorang demi seorang rakan
seperjuangan pergi menghadap Maha Pencipta,
hatinya disapa sayu. Hanya doa mengiringi pemergian
mereka. Namun dia mengakui yang masih ada harus
meneruskan kehidupan.
"Seorang demi seorang rakan meninggal dunia,
saya semakin sepi dalam industri ini. Tapi semua
ini adalah fitrah kehidupan. Sebab itu setiap kali
mendengar khabar kembalinya rakan ke Rahmatullah,
hati saya sedih. Apa yang mampu saya lakukan hanya
mendoakan kesejahteraan mereka. Hari ini hari
mereka, saya belum tentu lagi.
"Seingat saya sekarang rakan-rakan yang masih
ada antaranya Wahid Satey, Mat Sentul,Tan Sri Jins
Samsuddin, Salmah Ahmad, Mariani dan saya, yang
lain-lain telah tiada. Ooa saya agar Allah mencucuri
rahmat-Nya ke atas roh mereka dan ditempatkan di
kalangan orang-orang soleh dan dikasihi-Nya," ujarnya
bersyukur kerana diberikan kesihatan yang baik.

0 Komentar untuk "Mesin Basuh Mini Mickey"